Sulit
3 tahun
Masalah lemah tenaga lelaki
saya berusia 31 tahun dan berhajat untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. tapi saya hadapi kerisauan yang amat sangat dengan alat sulit saya. zakar boleh menegang dengan mudah tapi sukar untuk kekalkan ketegangan dalam masa yang lebih lama. zakar pun dah lama tak menegang sewaktu bangun dari tido waktu pagi. apa sebenarnya yang saya perlu buat doktor? saya dah cuba guna ubat urut dari dr ismail tambhi.tapi tiada kesan.kenapa mslh ini susah diselesaikan? saya dah lama menanggung rasa rendah diri ni sehinggakn tkut utk berkahwin. takut dan malu pada pasangan tu sentiasa menghantui saya.apa perlu saya buat doktor? adakan sy perlu berjumpa doktor untuk diperiksa bahagian alat kelamin saya?atau saya mengidap apa2 jenis penyakit yang saya tak sedar? boleh doktor bantu saya…saya sgt2 perlukan bantuan sekarang
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah sangat terbatas apabila menggunakan medium forum ini.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Ingin juga saya sertakan antara punca-punca yang menyebabkan gangguan ini adalah seperti:
- Faktor usia & hormon
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
a) Penyakit jantung
b) Diabetes
c) Obesiti
d) Kolesterol tinggi
e) Darah tinggi
Cara merawat gangguan seksual ini adalah melalui dua kaedah iaitu kaedah ubatan dan juga kaedah pengubahsuaian gaya hidup.
Kaedah pengubahsuaian gaya hidup termasuklah
- Amalkan gaya hidup sihat (bersenam, pemakanan yang sihat, dll.)
- Kurangkan berat badan (kolesterol dapat menggangu sistem saluran darah)
- Elakkan merokok (merokok dapat menggangu sistem saluran darah)
- Pengambilan ubat-ubatan (i.e viagra, staxyn, cialis, dll.) - ubat bagi masalah ini memerlukan preskripsi atas sebab kesan ubat ini
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mendapatkan rawtaan lanjut, anda boleh klik pada link yang tertera (DoctorOnCall). Jangan khuatir kerana kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.