Anonymous
6 tahun
Masalah mendapatkan zuriat
isteri baru buat pemeriksaan di hospital kerajaan. Doktor mengesahkan yang isteri saya ada kadar prolactin tinggi iaitu 46. Dlm rahim isteri sy doc scan ada 1kantung kecill , doc sarankan buat upt… kami sudah berkahwin 2 1/2 thn. Apa saranan pakar untuk situasi mcm ni? Apakah cara terbaik @ ubat yg boleh kami praktikan untuk dapatkan zuriat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan dan puan, prolaktin tinggi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- normal pada kehamilan, breastfeeding, stress, tidur, senaman
- masalah tiroid
- tumor otak
- akibat ubatan yang menganggu produksi hormon prolaktin
- penyakit sistemik seperti pcos, kerosakan hati
Sebaiknya tuan dan puan mendapatkan rujukan untuk diperiksa lebih lanjut oleh doktor pakar sakit puan. Hal ini kerana, perawatan untuk kondisi ini adalah bergantung kepada penyebab. Umumnya, terdapat ubatan yang akan diberikan untuk menurukan kadar prolaktin di samping penyebab utama kenaikan prolacktin itu dicari.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































