
Sulit
5 tahun
Masalah mengenai CA 125
Saya Rosni dari Puchong… ingin bertanya mengenai CA 125. Baru-baru ini saya telah membuat Full Medical Checkup. Cuma masalah yang membimbangkan saya adalah tahap CA 125 saya tinggi… 105.7. Perkara ini betul-betul menakutkan saya. Bolehkah Doktor terangkan secara terperinci mengenai perkara ini. dan juga simptom-simpton. Makanan yang tidak digalakkan dan juga makanan yang harus dimakan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, CA-125 adalah merupakan sejenis pemeriksaan darah yang mengukur jumlah protein CA-125 dalam tubuh anda. CA-125 adalah merupakan sejenis protein yang dikeluarkan oleh sel-sel tubuh. Kadar normal CA-125 adalah 0-35 U/ml. Bagaimanapun, harus diingatkan bahawa, kenaikan kadar protein CA-125 ini tidak spesifik terjadi kepada satu penyakit sahaja. Malah, terdapat beberapa penyakit yang terkait dengan peningkatan protein CA-125, seperti:
- tumor ovari
- endometriosis
- kanser ovari
- kanser endometrium (lapisan dalam rahim)
Memandangkan anda mengetahui hasil ini berdasarkan medical check-up, adalah dinasihatkan untuk langsung merujuk kondisi anda ke doktor pakar wanita (O&G) agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut dan dikenalpasti diagnosis atau punca sebenar kepada kenaikan kadar protein CA-125 yang terjadi pada anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.