Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

MASALAH MISS V DIMANA KERAP KENCING DAN KENCING PANAS DIMANA ADAKAH INI BERBAHAYA ATAU FAKTOR HORMON BAGI REMAJA ATAU ADA KESAN SAMPINGAN KERANA TERLALU KERAP seperti 10/15min

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: November 29, 2020 1:30 AM

Sulit 58 hari

Saya remaja berumur 19 tahun , sebulan yang lalu saya bersama pasangan saya Melakukan persetubuhan . Dan selepas dri itu saya mengalami sakit di payudara dan di miss v . Tidak lama lepas itu selepas kedatangan haid saya, payudara saya tidak sakit tapi saya merasakan perbezaan di miss v saya dimanasaya kerap kencing dan kencing panas . Dn saya juga merasakan ada seperti bengkak atau benjol di dinding miss v saya belah kanan bawah . Adakah ini normal ? Apa rawatan saya harus amalkan ? Atau penjagaan makanan ?

Dr Ramzdhan 58 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:

  • jangkitan pada saluran kencing
  • jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis, gonorrhea dan herpes
  • terlalu banyak minum air
  • kencing manis
  • keradangan pundi kencing
  • ubat-ubatan seperti ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi

Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.

Saya nasihatkan anda untuk segera ke klinik berdekatan jika anda mengalami gejala-gejala ini:

  • demam
  • sakit belakang
  • muntah
  • rasa sejuk badan
  • selera makan meningkat
  • air kencing kelihatan keputihan ataupun berdarah
  • lendir keluar daripada faraj

Untuk masalah benjolan pada bahagian faraj, ia boleh disebabkan beberapa perkara seperti:

  • vaginal cyst
  • herpes
  • fordyce spot
  • saluran darah bengkak
  • ketuat

Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.

Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.

Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sun Nov 29 2020 01:30:26 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Urologi tentang kesihatan seksual secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Bengkak bengkak pada zakar dan telur Saya lelaki 17 ,bengkak bengkak gatal pada zakar dan telur Baca lagi...
5 hari
Sulit
Rawatan bagi zakar mengecut semasa bersetubuh Apakah rawatan yang mudah dan sesuai bagi masalah zakar mengecut semasa bersetubuh? Baca lagi...
7 hari
Sulit
Pearly Penile Papules (PPP) Saya lelaki umur 20, Saya Ada Pearly Penile Papules Di kemaluan saya adakah ia bahaya Dan saya Akan pergi temuduga tentera adakah saya tidak Akan dibenarkan untuk menyertai kerana PPP… terangka… Baca lagi...
7 hari
Sulit
Sakit di celah paha(kangkanG) Assalamualaikum Sy berumur 26tahun,dan baru ini sy ada rasa sakit di bahagian celah paha bhgian kiri.Sakit jelas dirasai bila selesai berhubungan dengan suamj Apa pendapat doktor Baca lagi...
4 hari
Sulit
Badan yang kurus,saya mempunyai badan yang kurus sehingga ramai yg mengatakan saya terlalu kurus..saya dipandang seperti tidk cukup khasiat dimata masyarakat..adkh onani menjadi faktor kerana saya sudh lama ketagih dengannya Salam dokter,umur saya 15 tahun.saya telah melakukan onani selama tiga tahun.adakah itu sebb mengapa saya menjadi kurus,saya menjadi tidak yakin kerana badan saya terlalu kurus,apekah tips yg sa… Baca lagi...
8 jam