Sulit
2 tahun
Masalah Morning Wood
saya umur 20 , dulu selalu waktu pagi morning wood , sekarng sudah jarang , saya tidak merokok , onani jadi apa perlu saya buat
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda mengenai zakar anda yang tidak lagi sering mengalami morning wood. Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Umumnya morning wood atau ereksi pagi merupakan fenomena yang sering berlaku pada seseorang lelaki yang sihat di umur reproduktif. Namun terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi fenomena ini, antaranya termasuk
- Obesiti
- Kualiti tidur
- Kolesterol tinggi
- Kekurangan hormon testosterone
- Psikologikal: Tekanan atau stres, kemurungan, keresahan
Namun begitu ia juga boleh menandakan gejala yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor seperti
- gangguan kesuburan
- tekanan darah tinggi
- penyakit kencing manis
Oleh itu kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.