
Sulit
5 tahun
Masalah pemikiran yang tidak saya ketahui
Saya selalu mengalami masalah yang aneh. Simptom nya saya dapat mendengar suara suara yang banyak dalam fikiran saya. Kadang2 suara tu bersifat jahat atau apa yang telah berlaku. Dalam masa sama, apa yang saya lihat membesar dan mengecil mcm zoom in zoom out. Dan badan sy kaku tidak dapat bergerak. Saya keliru dengan penyakit ini. Mohon penjelasan dari doktor. Trima kasih

5 tahun
am sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, untuk membuat sesuatu diagnosis, konsultasi lanjut dan pemeriksaaan kesihatan perlu dilakukan terlebih dahulu, terutamanya jika berkaitan dengan masalah pemikiran. Masalah pemikiran juga boleh disebabkan penyakit tiroid, penyakit “connective tissue” dan lain- lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.