Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Masalah period dan sakit dalam perut

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 11, 2020 3:02 PM

Sulit 2 bulan

Period x tentu n pernah x datang period 1 bln dan kadang2 datang habis 8 hari then dtg balik selang 3 hari dan saya rasa sakit dlm perut. X tau ler apa yang x kena

Dr Ramzdhan 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit semasa haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
  • Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
  • Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
  • Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon May 11 2020 15:02:52 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Period pain yang melampau Umur saya sekrg 19 thun, saya menglmi period pain yg melampau, saya menglmi sakit ni since saya form4, saya akan kena time first day evry month, mula2 saya akn rasa sakit perut yg amat, then cir… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Sekejap sengugut sekejap x sengugut sbelum dtg haid Sy bsama dgn suami awl bln feb…tp sejak 23/2 smpai la hari ni terasa sakit sgt2 kena sngugut sekejap ada sekejap x ada smpai skit pinggang dan lemah rasanya tp belum haid lg…klau ikutkn kiraan h… Baca lagi...
4 bulan
Sulit
Senggugut 2 kali dlm tempoh period Salam sejahtera doktor… Saya wanita berumur 27 tahun… Kini saya mengalami masalah yg tak pernah berlaku pada saya sblm nie… Iaitu senggugut 2 kali dalam tempoh period saya… Senggugut saya yg pe… Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Tempoh haid pendek saya wanita berumur 22tahun, saya nak tanya doktor, adakah normal kalau period sy keluar untuk masa yg singkat. cycle sy normal, 28-30days. tapi, masalah yg sy alami setiap bulan bila darah kelu… Baca lagi...
59 hari
Sulit
Saya berumur 22 tahun dan saya mengalami sakit senggugut yang sangat teruk setiap bulan. keadaan ini bermula sejak saya berumur 14 tahu Saya berumur 22 tahun dan saya mempunyai masalah sakit senggugut yang sangat teruk setiap bulan. keadaan ini bermula sejak saya berumur 14 tahu. senggugut ini sering membuatkan saya hampir tidak… Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi