
Sulit
4 tahun
Masalah period yang normal tiba-tiba jadi tak normal
Saya wanita berumur 23 tahun, dan baru berkahwin pada 01.01.2021. Saya period pada 27.01.21 sehingga 31.01.21, Seminggu kemudian pada 10.02.21 saya alami pendarahan sedikit beserta warna coklat sehingga 16.02.21. Sepatutnya waktu period saya ialah pada 25.02.21 tetapi period saya tidak datang lewat 2 minggu, hari ini 09.03.21 saya ada pendarahan. Boleh saya tahu apa masalah kesihatan saya, adakah haid saya tidak normal atau ada masalah lain? Adakah perlu untuk saya pergi berjumpa doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!