
Sulit
4 tahun
Masalah pernafasan dan selalu sakit perut
Saya wanita 40 saya selalu mengalami masalah pernafasan

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Sesak nafas anda boleh berpunca dari kembung perut kerana tekanan abdomen yang menekan pergerakkan paru-paru. Sekiranya gejala berlarutan atau bertamabah, sila berjumpa dokter segera.
Gangguan perut kembung biasanya berpunca dari tabiat pemakanan, seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
- Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- Konsumsi sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan (i.e. brokoli, kubis, bak choi dan kale)
Selain itu sesak nafas juga boleh disebabkan oleh:
- gangguan organ paru-paru
- gangguan saluran pernafasan
- gangguan kardiovaskular
Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya sakit perut anda berlanjutan atau bertambah teruk.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).