
Sulit
5 tahun
Masalah pernafasan laju dan rase tidak selasa dibahagian dada belah kanan dan bahu
Sy bernafas laju sejak smlm…dan rse lebih teruk pagi ini sehingga sakit dada belah kanan sehingga bahu… Mula2 ingatkan asma, tp selepas pakai inhaler masih rse tercungap2 macam lepas naik tangga…dan ble sendawa, nafas rse lega. pd 4 mac lps ade rujuk doktor sbb ganstrik… Adakah sbb masalah berkaitan atau sbb lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan. Untuk maklumat anda, masalah pernafasan laju dan rasa tidak selesa di bahagian dada dan bahu boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
Masalah pernafasan seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Masalah sistem pencernaan:
- Batu pada hempedu (gall stones)
- Masalah pada hati (liver disease)
- Masalah gastrik dalam perut (gastritis)
Masalah pada jantung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.