
syafiqahalias2
5 tahun
Masalah Pernafasan/sesak nafas
Selamat malam doktor. Saya mengalami masalah pernafasan. Bila menguap, seperti tidak sampai. Saya tidak pernah ada asma/semput. Masalah pernafasan pun berlaku jarang2. Kenapa ye jadi mcm tu doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sesak nafas boleh terjadi kerana beberapa faktor seperti:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Jangkitan kuman (Bronkitis)
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.