anieamin80
6 tahun
Masalah pernafasan tiba2
Salam doktor.sya anie berusia 39.kebelakangan ni kerap sya mngalami seperti sesak nafas.dimna keadaannya sprti dikerongkong rsa luas.dada rsa sejuk strusnya trasa sejuk sluruh nya.mmbuat sprti sya jd mcm dlm keadaan yg tidak selesa.utk pngetahuan,sya jg merokok.dan sya pnya sejarah ibu kndung pesakit kanser payudara,bapa bekas pengidap tb.apa tindakan jika gejala diatas mnyerang?sya betul2 buntu.trima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk masalah ini agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut. Antara yang boleh anda lakukan untuk membantu memngurangi keparahannya adalah:
- Berhenti merokok.
- Elak punca alahan
- Elakkan dari terdedah kepada pencemaran, asap dan habuk
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




































