Sulit
2 tahun
Masalah Puting Dada Lelaki
Saya lelaki berumur 35 tahun. Waktu sekolah rendah dahulu, main polis n entry, dada saya terkena dahan pokok ketika saya berlari, sakit sikit. Saya sangka tak ada apa apa. Selepas beberapa minggu perubahan sebelah puting saya menonjol sikit dan puting tu lebih besar sikit dr puting dada sebelah. Dah bertahun tahun saya sembunyikn masalah ni. Pakai seletape tuk elak nampak. Sampai kesan seletape tu jd hitam pulak Ada tak cream atau ubat yg boleh sy gunakan untuk merawat masalah puting tu dan untuk menghilangkan kesan hitam dr stape tu… ??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sebabnya gejala anda alami tersebut adalah gejala lama, bertahun-tahun dahulu, pembulihannya akan ambil masa dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih canggih seperti rawatan laser dan lain.
Kami menyarankan anda merujukkan perkara ini kepara doktor dengan lanjut untuk menjalani ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, rancangan rawatan yang paling sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Kulit.