Sulit
6 tahun
Masalah rahim jatuh dan mahu keluar
Saya berumur 22 tahun dan mempunyai 3 tahun anak.masalah saya di sini iyalaa rahim saya jatuh dan hampir mahu keluar.tapi bila pergi hospital rahim saya tidak di kasih naik.setiap masa saya merasa nak menaran dan merasa mahu membuang air besar tapi tidak ada yang kelaur.just saya rasa dan nampak dari cermin iayala rahim saya jatuh dan mahu kelaur…sy binggung kenapa rahim saya tidak di kasih naik masa saya d hospital…sebab saya sakit begini hampir setahun…pergi berubat kg maksud minta urut tapi rahim susah mahu naik…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh dibendung melalui pelbagai perkara. Antaranya:
- Bersukan jika anda memiliki berat badan yang berlebihan
- Menjalankan ‘kegel exercise’
- kurangkan aktiviti mengangkat berat termasuk mengangkat anak anda.
Namun, jika anda telah melaksanakan perkara diatas dan masih mengalami gejala tersebut, anda disarankan berjumpa dengan pakar sakit puan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































