Sulit
2 tahun
Masalah sakit dalaman di alat sulit
Assalamualaikum… Doktor sy ingin bertanya selepas bersetubuh sy ad keluar darah macam darah haid dlm 2 hari… Slp tu… Die dh stop… Yng sy risau sy ad rasa sakit bhgian dalam bila sy berjln trlalu banyak… Krja sy byk berjln…bila terlalu byk berjln akn ase sperti senak kadang mcm nyilu bila tekan akan rasa sakit…bila kurang bergerak tiada rasa ape2
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Faraj kering
- Penyakit kelamin
- Fibroid
- Polip serviks
- Kanser serviks
- Kanser rahim
- Faraj luka
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.