
Sulit
3 tahun
Masalah saya kerap sangat ii beronani dn tonton video lucah
Assalam…saya lelaki berumur 20…masalah sye kerap onani dn tngok cerita lucah…saya yakin sperma sye x sihat…sbb air mani sye dh berkurang…bagaimana tips untuk suburkan semula dn tips penambahan air mani

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan seksual anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda mempunyai masalah kerap beronani dan menonton video lucah, anda juga yakin bahawa kualiti sperma anda menurun kerana kurangnya air mani. Anda ingin mengetahui tentang tips untuk menyuburkan dan menambah air mani anda. Saya akan cuba menjawab persoalan anda dengan baik.
Anda boleh cuba melakukan tips di bawah untuk meningkatkan kualiti air mani:
- Bersenam sekurang-kurangnya 20-30 minit 3 kali seminggu
- Amalkan pemakanan yang sihat
- Supplements yang mengandungi vitamin C, vitamin D, dan Zinc
- Rehat dengan cukup
- Berhenti merokok
- Kurangkan pengambilan alcohol
- Pengawalan emosi
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih terperinci, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah