Sulit
2 tahun
Masalah seks dalam rumah tangga.,adakah ia normal?
adakah normal bagi orang yang dah berkahwin tp dalam sebulan hanya sekali saja melakukan hubungan badan dgn suami?? dan adakah normal jika suami kerap menonton filem porno??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, tidak pernah ada panduan yang pasti untuk menentukan sebaiknya berapa kali hubungan intim dilakukan dalam sebulan maupun setahun. Penting difahami bahwa kekerapan berhubungan seks antara suami dan isteri adalah bergantung kepada banyak faktor. Faktor tersebut mulai dari usia, kesibukan, gaya hidup, kesihatan, tingkat libido masing-masing, hingga kualiti hubungan keseluruhan.
Itu sebabnya, kadar sering seks setiap orang mungkin berbeza-beza. Ada pasangan yang sering berhubungan seks setiap 2 hari sekali, 3-4 kali seminggu, hingga 1 kali dalam sebulan. Semua ini sebenarnya masih tergolong normal tergantung kepada masing-masing pasangan. Apalagi semakin tua usia anda dan pasangan, sangat wajar apabila semakin jarang berhubungan intim kerana gairah seks menurun secara alami akibat satu dan lain hal.
Untuk maslah suami kerap menonton filem porno, ianya tergantung kepada diri suami anda sendiri sama ada suami anda boleh mengawalnya atau tidak. Antara yang suami anda boleh lakukan untuk mengurangi menonton filem porno adalah:
- Berpuasa
- Menyibukkan diri dengan aktiviti berfaedah
- Jangan suka bersendirian
- Sering berbual dengan orang yang terdekat
- Beriadah atau berolahraga selalu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.