
Sulit
3 tahun
Masalah seperti kepala bergerak² sndiri dan seperti ingin tumbang
Saya wanita berusia 27 tahun mengalami masalah kepala saya seperti bergerak sendiri atau terteleng dengan sendiri.saya sudah buat ujian darah tetapi tiada masalah. Saya juga pergi ke klinik doctor kata seperti vertigo.namun bergitu hampir 8 bulan makan ubat vertigo namun tiada perubahan.malah semakin teruk adakah saya perlu berjumpa doctor saraf.kerana sayd mengalaminya secara sndiri tanpa perlu dibuat…jika terlalu teruk saya terpaksa berbaring dan cuba pejamkan mata walau x terasa berat.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah seperti kepala bergerak sendiri dan seperti ingin tumbang. Kami akan cuba membantu anda.
Kami memerlukan maklumat tambahan daripada anda serta pemeriksaan fizikal untuk mengetahui secara tepat punca masalah anda. Namun, secara umumnya, masalah anda boleh disebabkan oleh :
- Kecederaan kepala
- Masalah telinga seperti labyrinthitis, benign paroxysmal positional vertigo (BPPV) atau Ménière’s disease
- Masalah sistem saraf
- Ketumbuhan pada otak
Sebaiknya anda merujuk perkara ini kepada doktor pakar neurologi untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor pakar neurologi kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah anda..