Sulit
3 tahun
Masalah sesak nafas dan batuk
hai doktor, saya berumur 16 tahun, saya pernah mengalami sejarah penyakit pneumonia pada umur 10 tahun. namun, baru baru ini, saya mengalami sesak nafas ketika tidur berserta batuk dan sakit dada. namun mengikut simptom sebenar pneumonia, pesakit mempunyai demam panas. adakah penyakit pneumonia saya berisiko utk kembali?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pneumonia merupakan jangkitan paru-paru dan ia boleh berulang kembali. Demam merupakan antara gejala utama penyakit tersebut kerana ia merupakan salah satu tanda jangkitan kuman berlaku.
Masalah sesak nafas dan batuk ketika baring boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- asma
- refluks asid
- masalah jantung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.