
Sulit
4 tahun
Masalah sistem penghadaman
saya umur 19 tahun , saya naktanya apakah system penghadaman berkait dengan dada ? saya ada masalah untuk buang air besar. setiap kali nakbuang air besar saya rasa sakit . dan sekarang dah hampir sebulan saya tidak buang air besar. sekarang saya mengalami sakit dada kiri . saya rasa macam ada sesuatu dekat dada kiri saya . macam lendir takpun angin . saya takpasti . setiap malam saya tak dapat tidur sebab dada kiri saya macam rasa tertekan . saya akan batuk tapi batuk kering dan kepala dengan perut saya pun rasa sakit jugak . saya ada baca tentang penyakit ASAM LAMBUNG . simptom yang dia nyatakan adalah serupa dengan apa yang saya rasa . menurut doktor adakah saya memang menghadapi penyakit asam lambung ? Mohon jawapannyaa . terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi hanya dari penerangan yang anda berikan di atas adalah tidak mencukupi untuk pihak kami membuat keputusan mengenai penyakit yang anda alamii. Oleh itu, sukar untuk saya menjawab persolan anda.
Akan tetapi terdapat kemungkinan yang anda sedang mengakami masalah asam lembung atau GERD. Selain itu masalah sakit dada anda ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
Gangguan emosi
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera. Hal ini kerana anda sudah sebulan tidak membuang air besar dan ianya adalah masalah yang merisaukan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.