Sulit
3 tahun
Masalah skin tag pada alat kelamin
Sy lelaki berumur 36 thun sy ingin bertanya bagaimana untuk membuang skin tag pada alat kelamin.apa kah punca boleh tumbuh banyak skin tag pada alat kelamin saya adakah pada ubat ubatan yamg saya ambil saya ada ambil cyclosporine untuk masalah buah pinggang saya adakah masalah pada ubat tersebut.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Pertumbuhan kulit yang jinak
- Jangkitan Human Papilloma Virus
- Kadar insulin atau kolagen yang tinggi dalam tubuh
- Tanda-tanda dari gangguan diabetes
- Iritasi, geseran atau lipatan antara kulit
Jaga kesihatan anda dengan pemakanan yang betul !
Justeru untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.