atieqahsyaidatul80
3 tahun
Masalah tangan sering berpeluh
Dr,saya mempunyai masalah kesihatan tentang tapak tangan dan kaki sering berpeluh .saya hendak Salam orang sekeliling akan rasa segan silu dan malu.bagaimanakah saya hendak hindari masalah itu ?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terma perubatan yang digunakan untuk merujuk masalah ini ialah Hiperhidrosis (hyperhidrosis). Rawatan bagi masalah ini bergantung kepada punca permasalahan. Antaranya adalah seperti:
- Penggunaan beberapa ubatan seperti steroid
- Pengambilan alkohol
- Masalah metabolisma seperti; diabetes mellitus, penghasilan hormon tiroid yang berlebihan,
- Jangkitan kuman dalam badan
- Menopuase (bagi kaum wanita)
- Masalah psikiatri seperti anxiety (bimbang yang keterlaluan)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.