nurfathin96
4 tahun
Masalah tonsil membengkak dan sakit
Salam sejahtera…sy berumur 23tahun…sy ada masalah tonsil…tekak sy berwarna merah dan ada tompok putih di kedua belah tekak…sudah berjumpa doktor dan mengambil antibiotik tapi masih belum sembuh…apabila makan pulak mesti terasa tersedak dan pedih…adakah tonsil bahaya?? adakah perlu ke hospital??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, adalah dinasihatkan untuk anda merujuk kembali kepada doktor berkenaan masalah tonsil anda kerana dikhuatiri ia semakin serius. Adalah sukar untuk kami menjelaskan keadaan anda di platform ini tanpa maklumat yang lengkap. Jangkitan tonsil yang tidak dirawat boleh menyebabkan jangkitan merebak ke bahagian lain, namun pemeriksaan haruslah dilakukan bagi mengenal pasti punca masalah tonsil anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.