hamizan964

3 tahun

Masalah Undescended Testis

Hi Dr. Saya baru sahaja berkahwin beberapa bulan lalu dan telah bersama isteri pada waktu2 subur. Namun masih belum menunjukkan tanda tanda hamil. Saya telah membawa isteri untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik swasta dan dr mengatakan isteri saya mempunyai “telur” dan sihat. Keadaan ini menggusarkan saya kerana hanya saya sahaja yang belum melakukan pemeriksaan kesihatan. Sebelum berkahwin saya telah melakukan ujian air mani sendiri menggunakan kit yang dijual di atas talian dan keputusan menunjukkan saya sihat dan jumlah sperm mencukupi. Namun saya masih berasa tidak puas hati kerana saya menghadapi masalah undescended testiscle sejak saya lahir. Pada tahun 2017 saya telah melakukan pemeriksaan MRI untuk mencari sebiji lagi buah zakar namun tidak berjaya ditemui. Juga telah melakukan pemeriksaan ultrasound namun tidak juga dapat mencari dimana kedudukan sebenar buah zakar yang tidak turun tersebut. Dr mengatakan bahawa kemungkinan buah zakar itu sudahpun “mati” dan tidak dapat ditemui lagi kerana saiznya yang kecil. Saya amat risau kerana takut saya berpotensi untuk mandul. Kerana semasa pemeriksaan dahulu saya tidak disyorkan untuk menjalani ujian kesuburan. Dr hanya mengatakan testis saya yang lagi satu normal dan potensi untuk mendapat kanser hanya sedikit. Jika saya mempunyai pilihan, dimanakah tempat untuk saya mendapatkan rujukan kepada pakar O & G? Samada di klinik kerajaan ataupun terus ke kecemasan ? Adakah saya berpotensi mandul? Keadaan sebegini amat merisaukan saya kerana saya juga penghidap anxiety disorder. Terima kasih dr.

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, doktor pakar O&G boleh melakukan ujian tetapi untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih mendalam anda berjumpa dengan pakar urologist yang mempunyai kepakaran dalam kesuburan lelaki atau doktor pakar endokrin yang mempunyai kepakaran dalam kesuburan lelaki.

Anda boleh mendapatkan temu janji di hospital kerajaan ataupun hospital swasta. Namun untuk berjumpa dengan doktor pakar anda memerlukan surat rujukan yang anda boleh dapat di mana-mana klinik.

Unilateral undescended testis, tidak akan menyebabkan mandul kerana terdapat satu testis yang berfungsi dan normal. Tidak bermakna anda mandul, hanya kesuburan anda kurang daripada normal.

Kehamilan adalah saat yang indah, pastikan anda mendapat khasiat yang secukupnya untuk perkembangan bayi yang sihat.

Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

AdobeStock_41699827

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (10)