
Sulit
4 tahun
Masalah untuk hamil selepas suntikan perancang keluarga
Sya ada mgambil suntikan perancang keluarga tapi sya hanya ambil 4x saje selepas suami sya inginkan anak lg Last sya abil tahun 2017 skrang haid sya datang x menentu sejak berapa bulan lepas sya hanya datang haid 2hari&1haripenah buat ujian tp x hamil apakah sya tidak blh hamil sblum ni haid sy teratur sejak 3bln ni je sya baru mgalaminya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Anda tidak perlu bimbang, apabila anda telah berhenti mengambil suntikan perancang keluarga keadaan akan kembali normal seperti sedia kala. Kebiasaannya ia akan mengambil masa 3-4 bulan untuk membolehkan anda kembali hamil selepas tarikh terakhir suntikan tersebut. Perbanyyakan aktiviti sukan dan pengambilan makanan berkhasiat untuk medapatkan kandungan yang sihat.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab, antaranya ialah:
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. wujud bersama simptom-simptom lain seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Masalah pada organ reproduktif wanita -rahim, ovari
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!