Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Masalah Vagina Pedih & Gatal

Dijawab oleh: Patient Care Consultant

Dikemaskini pada: Mei 17, 2019 2:52 AM

Anonymous 13 bulan

saya wanita remaja dlm usia 17-an…saya berasa amat pedih di dinding luar kemaluan sya doc…

Salam sejahtera. Terima Kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.

Apa yang boleh menyebabkan gatal-gatal, vagina terasa panas, dan pedih vagina? Terdapat beberapa punca yang menyebabkan gatal-gatal dan iritasi vagina iaitu:

  • Vaginosis bakteria - Ianya normal untuk mempunyai campuran bakteria yang sihat di dalam faraj tetapi bakteria yang tumbuh boleh menyebabkan jangkitan. Selain gatal-gatal, gejala lain yang datang dengan vaginosis bakteria adalah keradangan, vagina terasa panas, keluar lendir dan bau hanyir.

  • Penyakit kelamin (STD) - Chlamydia, herpes di kemaluan, ketuat kelamin, trichomoniasis, gonorrhea dan organisme lain juga oleh menyebabkan gatal-gatal faraj / vulvar dan kerengsaan dan gejala lain.

  • Jangkitan yis (kandidiasis vagina) - Kira-kira tiga daripada setiap empat wanita akan mengalami jangkitan yis pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Jangkitan yis berlaku apabila yis, candida, tumbuh berlebihan dalam vagina dan vulva. Kehamilan, persetubuhan, antibiotik, dan sistem pertahanan tubuh yang lemah boleh membuat wanita lebih cenderung mendapat jangkitan yis. Selain gatal-gatal dan kerengsaan, jangkitan yis akan menghasilkan lendir yang likat, putih, licin.

  • Menopaus - Penurunan pengeluaran estrogen yang berlaku pada akhir tahun kesuburan wanita boleh menyebabkan dinding faraj menjadi nipis dan kering. Ini boleh menyebabkan gatal-gatal dan radang. Penipisan dinding faraj juga menjadi masalah kepada beberapa wanita yang menyusu.

  • Radang disebabkan bahan kimia - Sebilangan bahan kimia, termasuk krim, douches, kondom, kontraseptif, bahan pencuci pakaian, sabun, kertas tandas yang berminyak, dan pelembut kain boleh merengsakan vagina dan vulva.

Masalah ini dapat dirawat dengan konsultasi daripada doktor untuk mendapatkan ubat anti-kulat, anti-bakteria dan juga langkah-langkah pencegahan jangkitan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri May 17 2019 02:52:28 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Sulit
Ngilu pada bahagian kemaluan saya berumur pertengahabn 30an. baru2 ini sebanyak 5 kali ngilu pada bahagian kemaluan sebelah kiri dan berasa senak pada bahagian kemaluan juga dalam satu masa . Baca lagi...
9 hari
Sulit
Alat sulit luka dan bila di kupas akan berdarah Alat sulit seakan luka tetapi tidak sakit… saya baru perasan dalam beberapa hari ini apa kah permasalahan yg saya hadapi… Bagaimana saya hendak menjaga dari menjadi lebih teruk lagi Baca lagi...
23 jam
Sulit
Adakah normal labia minora panjang sebelah? Risau suami akan rasa “turn off” untuk bersama. Saya harap ada cara untuk mngatasi nasalah saya Saya berumur lingkungan 23 tahun, adakah normal perempuan 20an mempunyai labia minora yg pnjg sebelah dan texturenya berwarna hitam. Selepas bersama, pasti akn merasa sedikit sakit. Baca lagi...
9 hari
Sulit
Benjolan dibahagian atas testis setelah memeriksa bahagian testis,saya dapati ada benjolan dibahagian tas tedtis.tiada rasa sakit.adakah dia epididymis cyst?dan adakah epidermis cyst itu bahaya?saya amat risau jika perkara ni … Baca lagi...
9 hari
Sulit
Bahagian vagina gatal hi dr. im a woman in 20’s. lately, saya dapati bahagian private part around vulva which is same area dengan vagina mengalami rasa gatal dan pedih menyebabkan saya tidak selesa dan ia makin teruk… Baca lagi...
43 jam
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi