
Anonymous
6 tahun
Masalah wanita alat sulit
Saya wanita berusia 23tahun… Sejak 3hari ni bahagian sulit saya gatal n kemerahan selepas sy brsama suami… Selalu sgt lepas sy melakukan hubungan intim alat sulit saya gatal n merah. Mintak pendapat doc mne mna sy nak rawat yer…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, antara punca gatal pada kemaluan adalah:
- Radang vagina, vulva atau kulit pada kawasan kemaluan
- Jangkitan penyakit kelamin
- Alahan terhadap produk pencuci
- Pemakaian pakaian dalam yang ketat dan kain sintetik
- Jangkitan kulat
- Masalah kulit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian untuk rawatan yang diperlukan. Terima kasih.