Sulit
2 tahun
Masalah zakar tidak berubah saiz
Saya lelaki berumur 17 tahun…saya mendapati zakar saya tidak berubah ke tahap yg besar seperti org dewasa…zakar saya seperti budak yang belum akil baligh…normal ke doktor ? Tanda ii akil baligh yg lain sudah ada pada saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda bimbang mengenai saiz zakar anda dan ingin mengetahui jika zakar anda masih boleh membesar secara normal. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, saiz zakar boleh membesar sehingga umur 19-21. Memandangkan anda masih berumur 17 tahun, ada kemungkinan untuk zakar anda membesar lagi. Namun, ia juga bergantung kepada faktor genetik. Jika anda memerlukan nasihat lanjut mengenai perkara ini, sila dapatkan konsultasi dengan doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.