
Sulit
5 tahun
Mata berdarah selepas terhantuk
Ubat atau cadangan bagi mata berdarah…minta nasihat dokter

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pendarahan berlaku disebabkan kecederaan pada saluran darah di mata anda. Untuk menghentikan pendarahan anda, sistem badan kita sendiri selalunya dapat menghentikan pendarahan tersebut. Namun, jika luka terlalu besar, luka terganggu atau masalah pada sistem darah, mungkin pendarahan akan berlarutan lama dan anda hendaklah pergi ke hospital dengan segera.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.