Sulit
2 tahun
Mata berdarah yang tidak pulih dalam masa sebulan
Saya wanita 20an dan saya mengalami mata berdarah 29 hari yg lalu. Kalau ikutkan masa hendak pulih patutnya 1 hingga 2 minggu tetapi mata saya pada minggu 1 dan 2 dah beransur pulih tetapi sekarang keadaan mata saya tidak pulih sepenuhnya lagi. Saya sudah berjumpa dengan doktor mata pada hari 1 kena penyakit ini tapi doktor memberi tahu saya tiada masalah yg serius dlm 1 atau 2 minggu dh boleh pulih. Mula2 darah tu berada di tepi mata saya tetapi dalam hari ke 3 ia mula merebak hingga hampir dngn anak mata dan sekarang mata saya ada sedikit lagi darah tu yang berhampiran dngn anak mata saya. Pertanyaan saya adakah darah yg tk pulih lagi dalam masa sebulan adalah perkara yg serius
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan mata anda.
Berdasarkan penerangan, anda sedang menghadapi masalah mata berdarah sejak 29 hari yang lalu dan berasa khuatir kerana keadaan anda masih belum pulih sepenuhnya. Saya akan cuba menerangkan situasi ini dengan sebaik mungkin.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis pendarahan yang boleh berlaku di dalam mata, antaranya adalah:
- Subconjunctival hemorrhage (salur darah bocor atau pecah)
- Hyphema (kecederaan mata)
- Pendarahan dalaman organ mata
Namun, pendarahan mata ini juga boleh menjadi simptom kepada penyakit berikut:
- Diabetic retinopathy
- Koyak pada retina
- Aneurysm
- Sickle cell retinopathy
- Jangkitan
- Arteriosclerosis
- Macular degeneration
- Keradangan
Namun, saya tidak dapat memberi kepastian akan keadaan anda kerana tiada maklumat yang lebih terperinci. Anda perlulah bercakap dengan doktor sekiranya keadaan ini berlarutan dan mengganggu kehidupan seharian anda. boleh melakukan perkara dibawah untuk meningkatkan kesihatan mata anda:
- Gunakan pelincir mata (eye drops)
- Rehatkan mata secukupnya
- Kurangkan aktiviti fizikal
- Dapatkan pemeriksaan mata secara berkala
- Kurangkan melihat cahaya sinar biru.
Saya berharap penerangan diatas sedikit sebanyak dapat membantu anda dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami atau dapatkan nasihat daripada pakar mata secara atas talian. Terima kasih.