
Sulit
4 tahun
Mata ikan / biji air pada tapak kaki
saya mengalami biji air atau mata ikan pada kedua tapak kaki sejak jun lalu. ia menjadi sakit apabila saya ingin berjalan dan kesakitan ini tidak berkurang sejak jun lalu sehingga kini. apakah tindakan yg harus saya lakukan bagi mengurangkan kesakitan atau menghilangkan mata ikan pada tapak kaki ini

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami pada tapak kaki anda boleh disebabkan:
- Jangkitan “herpes simplex” (iaitu sejenis virus selesema) yang juga boleh memberikan kesan pada tapak kaki anda
- Kesan melecet
- Kesan gigitan serangga serta alahan
- Penyakit tangan, kaki dan mulut
- Bengkak saraf/ligamen/tendon tapak kaki
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.