
renyyz
5 tahun
Mata kerap berkelip, terumata dalam kawasan beraircond
Says lelaki umur 29 tahun. Sejak 3 bulan lalu, mata sy kerap berkelip Dan sy Tak dpt tumpukan perhatian semasa sedang bekerja Dan memandu. Mata sy rasa pedih2 Dan sy seperti tak dapat membuka mata seperti mengantuk, tetapi malam sebelumnya sy sudah tidur dengan cukup. Mata sy rasa lagi pedih terutama kalau sy duduk Dlm kawasan yang ber aircond. Kepala sy Akan rasa sakit kalau sy cuba lawan mata sy. Ada guna eye lubricant beli dekat farmasi tapi kejap je ok, lepas tu sy Akan berkelip semula.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, gejala yanga anda alami mungkin disebabkan oleh mata yang kering. Kerlipan mata adalah salah satu cara untuk mata mengekalkan kelembapan mata. Ketika bekerja dan memandu, mata akan lebih cepat kering tambahan pula jika berada di dalam bilik berhawa dingin.
Oleh itu, anda boleh gunakan ubat titis mata denga lebih kerap dalam situasi ini. Selain itu, rehatkan mata anda setiap setengah jam bagi mengelakkan mata anda terlalu letih.
Sekiranya masalah ini berlarutan atau mata anda terlalu kering sila rujuk perkara inj kepada doktor mata untuk pemeriksaan lanjut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.