Sulit
3 tahun
Mata merah di bahagian bawah
Salam doc, saya buat eyelash extensions 2 hari yg lepas. memang rasa tak selesa seperti yg selalu saya buat, dan mata jadi merah di bahagian bawah kemudian ada macam garis lurus di bahagian putih mata. saya terus cabut eyelash extensions tu&titis eyemo yg kotak berwarna pink
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Secara umum, gangguan mata yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai masalah, antaranya:
- Jangkitan kuman pada mata
- Jangkitan atau inflamasi kelenjar air mata
- Alahan kepada produk
- Trauma pada kawasan mata
- Atau gangguan mata yang lain
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Justeru untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).