
chegusuemuhamad
5 tahun
Medicine & pregnancy
Doktor,saya mengalami resdung dan sentiasa bersin.rutin saya adalah menggunakan nasal spray dua puff setiap nostril sebelum tidur malam,dan kadangkala mengambil cetrizine sekiranya bersin terlalu teruk.
Saya merancang untuk hamil.adakah selamat untuk saya meneruskan rutin tersebut memandangkan terdapat steroid di dlm nasal spray,dan kandungan ubatan yang saya tidak pasti.terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Tiada kajian yang menunjukkan penggunaan spray hidung untuk masalah sinus meningkatkan kemungkinan untuk kecacatan dalam janin. Namun, anda tetap disarankan untuk berjumpa dengan pakar ibu dan anak untuk konsultasi sebelum kehamilan. Langkah ini penting untuk memastikan perjalanan kehamilan anda selancar yang mungkin.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.