Sulit
3 tahun
Melakukan hubungan selepas pengambilan postinor yang pertama
Saya melakukan hubungan pada hari pertama dan memakan pil postinor 2 biji sekali gus selepas 12 jam kami melakukan hubungan, pada malam keesokan nya kami melakukan lagi hubungan dan mengambil postinor pada kali ke 2 nya selepas 12 jam,dalam masa 2 hari menelan 4 biji pil postinor. Adakah penggunaan saya betul dan dapat mengatasi hamil? terima kasih
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ubat postinor ataupun pil perancang kecemasan digunakan selepas sahaja anda melakukan hubungan seks. Anda tidak perlu menunggu beberapa jam untuk makan pil perancang. Jika anda menggunakan pil perancang kecemasan versi 1 tablet, anda perlu makan pil sejurus selasai melakukan hubungan seks. Jika anda menggunakan pil perancang kecemasan versi 2 tablet, tablet kedua perlu dimakan 12 jam selepas makan tablet yang pertama.
Pil perancang kecemasan akan efektif dalam mencegah kehamilan selagi anda mengambil pil dalam masa 72 jam selepas melakukan hubungan seks. Namun, dinasihatkan untuk mengambil pil sejurus selesai hubungan seks dan secara ideal, mengambil pil perancang kecemasan dalam masa 24 jam selepas melakukan hubungan seks. Antara kesan sampingan pil perancang kecemasan ialah:
- loya dan muntah
- mudah letih
Jalinkan hubungan mesra dengan merancang dengan betul
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Saya nasihatkan untuk anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda boleh juga klik di link ini (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.