
Sulit
5 tahun
Melancap keluar darah
Saya lelaki berumur 25 tahun. Saya baru melakukan onani dan air mani tu keluar berserta darah. Semalam yg lepas saya ada buat dgn perempuan tapi just for blowjob. Tidak menggunakan condom. Kenapa ye saya onani keluar darah?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala darah keluar dari zakar anda selepas onani boleh disebabkan:
- Kecederaan pada zakar
- Jangkitan saluran kencing
- Jangkitan penyakit kelamin
- Batu karang dalam saluran kencing/saluran sperma
- Masalah testis seperti ketumbuhan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.