
feyfar88
5 tahun
Melecet di celah kelengkang
Saya wanita 20an dan baru sahaja mendirikan rumah tangga. Sejak kebelakangan ini dicelah kelengkang saya sering gatal. Oleh itu, saya sering mengaru sehingga luka atau melecet. Sekarang saya sedang hadapi sakit dan di celah kelengkang . Bagaimana untuk saya rawat masalah ini ? Jika saya ke farmasi ubat apakah saya perlu beli?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kegatalan yang anda alami dicelah kelengkang anda boleh disebabkan:
- Alahan dermatitis - pada kain atau bahan pencuci
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis/lichen planus
- Jangkitan kulat
- Kurap
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.