neneng90123
6 tahun
Memakan pil perancang ketika tidak haid
Saya umur 29tahun, yg baru sahaja lepas 44 hari berpantang akibat keguguran… Suami ingin melakukan seks akan tetapi saya takut sekiranya saya hamil lagi. Bolehkah saya memakan pil perancang sebelum kedatangan haid saya… apakah perancang yang sesuai untuk saya ambil ketika ini… terima kasih doktoe
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai cara merancang kehamilan selain pil seperti IUD, suntikan dan implan. Pil biasanya boleh mula dimakan selepas datang haid bagi memudahkan pengiraan kitaran haid anda.
Bagi membantu anda membuat pilihan kaedah perancangan keluarga yang sesuai, sila rujuk kepada doktor sakit puan untuk penerangan lanjut. Anda juga boleh Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami.Terima kasih.



































