Sulit
3 tahun
Memerlukan penjelasan yg lebih jelas :pensive:
Saya seorang surirumah yg tidak dduk serumah dgn suami. Umur 29 tahun and suami 32 tahun. Suami sy sy sbelum ni ade demam skejap (1hari), sakit2 bdn (1 hari) tapi dia masih dtg kerja sbb dia rase boleh buat kerja. Skrg yg sy risaukn, dia xde deria bau and rasa. Tetapi dah buat swab test covid. Keputusan negatif. Tapi yg jadi mslh suami sy adelah dy rse dy msih x ok sbb msih takde deria bau and rasa tu. Dia tak tahu nk buat mcamana, sy pn kurg tahu psl status dia sme ade perlu kje atau tidak. Berkaitan dgn lps swab test tu, perlu x suami sy kuarantikn diri wlaupun dah tahu dy msih xde deria rasa dan bau? Jika dy perlukn kuarantin lps tahu kptsn ngatif, majikan atau pihak hosp yg keluarkn surat supaya suami sy bole sambung kuarantin tu? Suami sy dah down sbb xtahu nk buat ape, sy sedih sbb sy xde dgn dy wktu dia memerlukan dgn kdaan kami di sini pkp . Boleh tak tolong jelaskn situasi ni supaya sy boleh share dgn suami and xbuat dia drop and down . Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ini. Untuk makluman anda, individu yang perlu untuk kuarantin adalah individu yang disahkan POSITIF Covid-19, serta kontak rapat dengan pesakit yang disahkan positif Covid-19. Sekiranya suami anda disahkan negatif oleh pihak hospital, maka tidak perlu untuk kuarantin. Untuk makluman anda, gejala kehilangan deria bau dan rasa juga boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan lain seperti;
- Alahan hidung
- Polip hidung
- Jangkitan kuman- resdung, brain abscess
- kecederaan pada hidung- patah tulang
- ketumbuhan pada hidung/otak
- Lain-lain- masalah endokrin, kesan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca sebenar, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan suami anda yang perlu ditanyakan.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini