
Sulit
4 tahun
Mempunyai benjolan yang penyakitkan
hai doktor saya berumur 19 tahun.semalam saya dapati terdapat benjolan pada bahagian berdekatan dubur saya ketulan itu berasa sakit adakah benjolan itu muncul kerana buasir dan bagaimana mahu menghilangkan benjolan tersebut

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai gejala yang anda nyatakan. Gejala benjolan pada dubur amat kerap berlaku dan ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan yang terdapat pada kawasan dubur anda boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman dan bernanah
- Buasir yang dijangkiti kuman
- Kista (cyst) seperti “sebaceous cyst”
- Penyakit radang usus
- Kanser dubur
Manakala masalah benjolan pada kepala anda memerlukan lebih informasi seperti saiz, warna, jumlah dan jika ia berubah dari semasa ke semasa. Sekiranya masalah benjolan pada dubur anda berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Jika masalah yang anda hadapi ini tidak boleh diselesaikan secara medikal, anda akan dirujuk kepada pakar pembedahan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) . Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.