Sulit
3 tahun
Mempunyai cycst dan fybroid
Jika saya ambil collagen boleh ke mengaktifkan lagi pembesaran cycst dan fybroid saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, collagen merupakan supplemen. Secara amnya, pengambilan supplemen ini selamat dalam dos yang disarankan. Namun, setiap produk mempunyai kesan sampingan atau amaran masing-masing. Anda digalakkan membaca helaian maklumat produk anda untuk maklumat lebih lanjut.
Namun, jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih