
Sulit
4 tahun
Mempunyai masalah utk melakukan seks
Saya baru berkahwin dan mempunyai masalah utk melakukan hubungan seksual. Tiap kali percubaan akan gagal dan sekarang saya rasa takut utk mencuba lagi. Sbb saya akan rasa sedih dan stress. Melalui pembacaan di internet sy mempunyai simptom2 vaginismus. Bagaimanakah cara utk saya membuat pemeriksaan dgn doktor yg pakar akan hal ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju
Untuk makluman anda, penyakit Vaginismus merupakan sebuah penyakit ketegangan otot pelvis atau vagina ketika melakukan hubungan seks, ataupun sekiranya terdapat sesuatu yang ingin dimasukkan kedalam vagina seperti tuala wanita (Tampon).
Pada biasanya, vaginismus ini merupakan salah satu penyakit psikologi dimana seseorang itu mempunyai kegelisahan atau ketakutan terhadapa melakukan aktiviti seks. Ini boleh diperanguhi oleh beberapa perkara dan ia dibahagikan kepada dua sebab, iaitu:
- Primary Vaginismus yang boleh bersifatkan semula jadi, dan menyebabkan seseorang wanita itu terasa amat sakit ketika melakukan seks.
- Secondary Vaiginismus iaitu vaginismus yang dihadapi setelah pernah melakukan seks, namun menjadi sukar.
Vaginismus ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, iaitu pengalaman seksual yang teruk seperti trauma dan penyalahgunaan seks, pengalaman seksual yang sakit, serta faktor emosi. Oleh itu, kadangkala emosi dan pengalaman merupakan faktor utama dari segi penyakit ini. Selain daripada faktor tersebut, maksudnya terdapat masalah patologik mengenai lubang faraj anda ataupun otot pelvis seperti masalah pengsarafan.
Sementara itu, kami boleh sarankan anda untuk melalukan yang berikut untuk melegakan masalah vaginismus anda iaitu:
- Melakukan senaman kegel
- Dapatkan terapi seksual dan kounseling
- Menggunakan alat pembesaran vagina
- Mendapatkan terapi fizikal (fisioterapi) khas untuk otot pelvis.
- Amalakan senaman untuk meningkatkan keyakinan diri
- Timbulkan suasana yang selesa dan romantik ketika melakukan hubungan seks. Sila mulakan hubungan bersama suami dengan pillow talk (sembangan romantis dan sensual).
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Jika perkara ini berlarutan dan tidak dapat dikawal, kami sarankan anda berjumpa dengan pakar kesihatan seksual ataupun pakar psikiatri, serta mendapatkan kounseling dan nasihat bagi mengatasi masalah yang anda alami.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah