
Sulit
4 tahun
Mempunyai tanda demam tetapi tidak demam
Sye sedang hamil 32 minggu… Pada mulanya sye hanya tersedak makanan dan pada masa yg sama suami sye sedang demam panas dan sudah berjumpa doktor… Selepas 2 hari tetiba tekak sye sakit… Dan 2 hari berikutnye tekak yg sakit sudah pulih tetapi berganti dengan batuk berkahak… Ianya tidak teruk… Hanya 2 3 jam sekali… Selepas sehari batuk berkahak, hidung sye mula mengeluarkan hingus… Sungguh pon begitu, hingus yg keluar dari hidung sangat sedikit dan jarang… Selepas 12 jam, sye mula pening kepala… Tetapi hanya pening kepale yg ringan2 saja… Setiap hari sye cek suhu badan… Dan ianya normal… Tidak demam… Boleh doktor jelaskan apakah puncanya

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan paru-paru (Pneumonia), kemungkinan besar oleh bakteria atau mungkin virus
- Jangkitan kerongkong (Pharyngitis)
- Denggi
- Jangkitan sinus (Sinusitis)
Ibu mengandung merupakan golongan yang mudah untuk dijangkiti penyakit yakni virus serta bakteria. Namun jangan risau kerana ubat boleh diambil dan rawatan sememangnya ada.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.