Sulit
3 tahun
Mencari ubat gout yang bagus untuk bapa saya
Ayah saya menghidap pentakit gout semenjak umur 45 tahun… saya ingin mencari ubat yang bagus untuk penyakitnya itu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bagi mengetahui rawatan yang sesuai, maklumat lain mengenai status masalah gout ayah anda, sejarah kesihatan lain harus diketahui. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

































