
Sulit
4 tahun
Mencegah keguguran, keguguran sebanyak dua kali, rawatan keguguran,
Hi doktor, saya berusia 29 tahun. Sy telah berkahwin setahun lebih. Dalam tempoh perkahwinan sy, sy telah hamil sebanyak 2 kali.
Kehamilan yg pertama pada feb 2020 sehingga April 2020. Pada minggu ke 7 sy didapati bleeding hari hari selama minggu ke 10 gugur. Apabila scan didapati hanya kantung sahaja dan usia kantung tidak berkembang hanya saiz 5 week sahaja dan tiada janin.
Kehamilan yg kedua, pada jun 2020 dan berakhir pada sept 2020. Semasa 9minggu sy scan kandungan dan didapati terdapat janin namun tiada denyut jantung size janin pula berusia 7minggu sahaja. Doktor beri masa dua minggu untuk kembali follow up tumbesaran janin. Namun setibanya 2 minggu kemudian didapati hasil scan masih sama tidak ada denyut jantung dan size janin sama sahaja 7minggu klau ikutkan dah 12 week masa tu. Refer hsptl gov pon result yg sama. Lama lama darah turun sendri dan sy keguguran.
Jadi soalan sy, berapa lama jarak untuk sy rancang utk hamil kembali? Apa yg menyebabkan janin sy terbantut pembesaran adakah kaitan dengan rahim lemah? bolehkah jika sy hamil kali ketiga sy meminta doktor cucuk ubt kuat rahim?
Actually, sy senang untuk hamil tp agak sukar apabila proses pembesaran. Dktr klinik sarankan utk cari punca dahulu sebelum kandungan ketiga antara test yg sy kena buat adalah anti bodi test, chromosome test dan talasemia test. Tp dimanakah sy boleh menjalani ujian ujian tersebut?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami menghargai anda kerana percayakan kami untuk menjawab soalan anda yang berunsur peribadi dan sensitif. Kami juga memahami keadaan anda yang sudah dua kali keguguran dan masih berusaha untuk menimang cahaya mata.
Kami sarankan anda untuk mencuba sedaya upaya dan tingkatkan waktu bersama selain waktu anda dalam tempoh haid. Anda berkata anda senang untuk hamil tetapi sukar apabila proses pembesaran bayi dalam kandungan. Oleh itu, kami sarankan anda membaca faktor faktor yang boleh menyebabkan keguguran supaya anda boleh mengambil langkah langkah yang anda boleh kurangkan risiko keguguran dengan pengawasan kakitangan kesihatan bertauliah.
Banyak faktor boleh menyebabkan keguguran dan selalunya ia berbagai ( multifactorial ) dan bertindih. Antaranya adalah:
- Masalah genetik: 30% keguguran berlaku sebelum minggu ke-8 dan penyebab utama adalah masalah genetik. Embrio terhasil dari persenyawaan telur isteri dan sperma suami gagal membesar dan membahagi kepada janin. Masalah genetik merangkumi 40-45% dari sebab keguguran.
- Masalah penyakit si ibu: seperti kencing manis yang tidak terkawal, masalah struktur dalam rahim (septum) atau fibroid (lihat fibroid)
Faktor-faktor yang meningkatkan risiko keguguran
- Usia ibu: ibu yang berumur (lebih tua) berisiko tinggi berbanding yang lebih muda
- Pernah keguguran sebelumnya: jika keguguran sekali, risko untuk gugur lagi adalah 20%, dan jika pernah 2 kali gugur, risiko adalah 30%. Risiko meningkat kepada 43% kalau pernah 3 kali gugur atau lebih.
- Merokok: merokok lebih dari 10 batang sehari (atau perokok pasif) boleh meningkatkan risiko
- Alkohol: pengambilan alkohol semasa mengandung walaupun sedikit boleh menyebabkan keguguran.
- Demam panas: melebihi 37.80C atau lebih boleh menyebabkan keguguran
- Trauma: trauma (kemalangan) dibahagian rahim semasa mengandung boleh meningkatkan risiko. Ini termasuk juga rawatan amniocentesis dan chronic villous sampling (sila lihat)
- Kafeine: pengambilan kopi atau bahan berkafein spt cola dan sebagainya berlebihan boleh meningkatkan risiko keguguran. Tidak digalakkan mengambil lebih dari 300mg sehari.
- Sebab-sebab lain: risiko meningkat kalau si ibu tercemar dengan bahan seperti: jangkitan, sesetengah ubat-ubatan, stress fizikal yang berlebihan, radiasi dan bahan-bahan kimia.
Jenis
- Ancaman keguguran ( Threatened miscarriage ) – ibu akan mengalami turun darah dan sakit di bahagian bawah perut. Pangkal rahim (servik) masih tertutup, dan saiz rahim sama dengan minggu mengandung. Di kebanyakkan kes, pendarahan akan berhenti sendiri dan kandungan boleh selamat dilahirkan cukup bulan. Ada juga kes dimana pendarahan menjadi lebih banyak (tumpah darah) dan akhirnya gugur. Majoriti kes tidak berakhir dengan keguguran.
- Keguguran tidak dapat dielak ( inevitable miscarriage ) – keguguran tidak dapat dielakkan. Pangkal rahim terbuka, tumpah darah bertambah banyak dan sakit perut bertambah kuat.
- Keguguran tidak lengkap ( incomplete miscarriage ) – bermakna kandungan telah gugur keluar tetap masih ada yang tertinggal lagi dalam rahim. Pintu pangkal rahim terbuka dan boleh tumpah darah yang banyak.
- Keguguran lengkap ( complete miscarriage ) – kandungan telah keluar sepenuhnya. Keguguran berlaku sebelum minggu ke-12. Pendarahan dan sakit berkurang tanpa rawatan. Semasa pemeriksaan dilakukan (oleh doktor), pintu pangkal rahim sudah tertutup dan simptom-simptom mengandung sudah hilang. Ultra bunyi menunjukkan rahim tidak tertinggal janin.
- Keguguran septik ( septic miscarriage ) – ibu yang keguguran dijangkiti kuman yang menjangkiti rahim. Simptom termasuk demam panas, mengigil, sakit perut, pendarahan faraj dan lendiran dari faraj (berbau busuk dan kental berwarna kuning)
Persembahan klinikal
Antara simptom adalah pendarahan (tumpah darah) dan sakit (di bahagian bawah perut) semasa awal mengandung (kurang minggu ke-12). Pendarahan yang sedikit dan rasa kurang selesa di bahagian perut boleh dianggap normal kepada kebanyakkan wanita yang mengandung, akan tetapi kalau pendarahan yang banyak dan sakit itu bertambah; pesakit dinasihatkan berjumpa doktor segera.
Dalam kebanyakkan kes, ultra bunyi digunakan untuk memastikan kandungan tersebut masih bernyawa atau tidak ( viable ). Ultra bunyi juga penting dalam mengenalpasti lokasi kandungan itu (lihat ectopic pregnancy )
Ujian antibodi dan kromosom boleh dibuat pada hospital hospital kerajaan atau jika anda ingin bertanya lagi tentang soalan ini kepada kami, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.