Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Mendapatkan Berat Badan Ideal dan Bentuk Payudara Idaman

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Julai 31, 2019 8:56 AM

Anonymous 15 bulan

Selamat Sejahtera Doktor.

Dr., Saya seorang ibu kepada 3 anak, berusia 31 tahun. Saya menghadapi masalah bentuk payudara yang kecil. Sejak saya berhenti menyusukan anak ketiga, payudara saya menjadi leper boleh dikatakan seperti tiada isi yang tinggal hanyalah puting sahaja.
hal ini telah menyebabkan saya setiap hari merasa rendah diri.
untuk pengetahuan doktor, ketinggian saya ialah 150cm dan berat saya 43kg (waktu ini)
saya telah banyak membaca cara2 bagaimana mendapatkan berat badan yang ideal, cara makan dan diet yang sepatutnya saya lakukan namun sudah puas saya mencuba berat saya masih dibawah bmi.
rentetan itu, saya merasa rendah diri setiap kali bersama suami. saya mula merasakan diri tidak cantik, tidak menarik, tidak berkeyakinan dan seriing merasa rendah diri jika melihat wanita2 lain mempunyai bentuk tubuh yang sempurna.

bantulah saya doktor, cara bagaimana untuk mendapatkan berat badan ideal, dan membesarkan semula payudara secara sihat. saya tidak berani mencuba produk2 yang dijual berleluasa kerana bimbang kesannya yang tidak menjadi selain dari merugikan wang ringgit.

saya mohon jasa baik doktor bantulah saya.

sekian.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 15 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, kekurangan berat badan. boleh disebabkan oleh pelbagai perkara:

  • Masalah genetik atau keturunan.
  • Usia yang makin meningkat
  • Kurang makanan dan minuman yang berkhasiat.
  • Menghidap penyakit-penyakit serius seperti hyperthyroidism
  • Kencing manis type 1
  • Masalah penghadaman seperti penyakit seliak (Coeliac disease)
  • Stres atau tekanan emosi dan mereka yang menghidap penyakit psikiatrik seperti kemurungan atau anorexia nervosa

Antara langkah yang anda boleh ambil untuk meningkatkan berat badan adalah

  • Mengamalkan diet yang seimbang untuk menambah berat badan
  • Senaman untuk menambah berat badan.
  • Membina otot
  • Bagi pesakit yang menghidap penyakit serius, ubat-ubatan boleh digunakan untuk menambah selera makan (atas nasihat doktor)
  • Zat-zat tambahan (supplemen) yang mengandungi vitamin dan mineral

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sebelum memulakan sebarang pengubatan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Jul 31 2019 08:56:47 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Dietetik tentang kurang berat badan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Hilang keseimbangan badan/Lemah Lutut/Kaki mengigil Saya remaja lelaki 17 tahun,saya dapat simptom ini semasa saya dalam proses pernurunan berat badan…berat saya pada mula 150KG dan sekarang 110KG…saya mula merasai lemah lutut beberapa minggu Yan… Baca lagi...
13 bulan
Sulit
Bengkung bagus atau tak? Hi doctor. Saya lihat ramai orang mula menjual bengkung yang dikatakan boleh buat body ada shape. Tapi betul ke? Dan bengkung bagus ke untuk kegunaan harian? Baca lagi...
16 hari
Sulit
Berat badan tidak normal Hai sy wanita berumur 20tahun … tinggi sy 154cm dan berat bdan sy 33kg … sy kurus memang dari kecil dan rasanya daripada gen juga … sy risau doc berat badan sy tidak naik walaupun sudah consume … Baca lagi...
6 hari
Sulit
Berat sukar turun setelah bersalin Saya berumur 24tahun… mempunyai 2 org anak… berat badan 88kg… tinggi 161cm… berat badan susah turun setelah melahirkan anak. saya ingin mencuba ubat orlistat… bagaimana pendapat doktor? Baca lagi...
11 bulan
Sulit
Badan kurus sebab cacing Salam doktor…umur saya 16 tahun tapi badan saya tak sama macam kawan kawan sebab saya kurus macam orang tak makan…apakah sebab badan saya kurus doktor?adakah disebabkan cacing Baca lagi...
6 bulan
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!