
Sulit
3 tahun
Mengah normal atau tidak
Saya wanita dalam 30an.pesakit covid19,ada masa sy akan alami mengah2. Dan ade masanya normal.adakah tu normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda disebabkan mempunyai gejala mengah. Namun memandangkan anda disahkan menghidap jangkitan COVID-19 dan sesak nafas atau mengah tergolong dalam salah satu simptomnya. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor lain juga yang menyebabkan gejala mengah:
- Mengalami long COVID
- Stamina yang kurang
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Boleh juga hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) untuk maklumat lanjut.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.