
Sulit
3 tahun
Mengalami masalah kulit gatal kemerahan
Salam dr…nak tanya dr…saya mengalami penyakit kulit hampir 10 tahun…saya akan merasa gatal yang menyucuk nyucuk…bukan saja di tangan malah di mulut serta di tempat lain…gatal ni bukan selalu ia akan datang sebulan atau dua bulan sekali dan akan reda 1-2 hari sahaja…tetapi walaupun hanya masa yang singkat akan reda saya merasa gatal yang amat sangat sampai tak boleh tidur malam…bermacam-macam rawatan dah saya cuba tetapi masih gagal lagi…ini penyakit kulit apa ya dr

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Alahan terhadap bahan yang digunakan oleh losyen atau sabun
- Skabies
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria pada kulit
- Psoriasis
- Dermatitis
- Ekzema
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Selain berjumpa dengan doktor, anda juga perlu melakukan beberapa perkara ini:
- Sentiasa membasuh cadar tilam anda
- Sekiranya anda tidur menggunakan toto, jemur di bawah matahari
- Memastikan pakaian anda bersih
- Meningkatkan penjagaan kebersihan kulit
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.