Sulit
2 tahun
Mengalami masalah pening kepala yang berlanjutan
Saya wanita awal 20an mengalami gejala pening kepala pada setiap pagi, petang Dan malam sakit berdenyut -denyut di bawah kepala dan berasa loya dan mual jika pening ini berlanjutan. Kadang-kadang juga saya merasa hilang imbangan badan serta penglihatan mata yang kabur juga menyebabkan saya sukar untuk memfokuskan kepada suatu benda atau suatu perkara. Telinga saya juga kerap berdesing serta menyebabkan dibawah kepala berasa berdenyut-denyut. Apakah penyakit yang saya alami sekarang?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Migrain
- Sakit kepala jenis tegang
- Sakit kepala jenis kluster
- Meniere disease
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo
- Ketumbuhan di otak
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala