
Sulit
5 tahun
Mengalami pendarahan setelah makan pil postinor
Saya wanita berusia 23 tahun. Saya mengalami pendarahan pada hari ke-7 setelah mengambil pil postinor.adakah pendarahan ini normal? Dan mengapakah saya mengalami pendarahan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pil perancang kecemasan boleh menyebabkan kesan sampingan berikut:
- mual/loya
- mengubah kitaran haid kerana ia sejenis pil hormon yang mempengaruhi kitaran haid (anda mungkin mengalami kesan sampingan ini)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.